Follow me on Facebook Follow me on Twitter

Monday, January 24, 2011

Andainya perempuan tahu…

selalunya aku update benda2 yang patut lelaki buat untuk perempuan. so now, terbalik lak. aku as lelaki (poyo kan?haha) nak luah something. mungkin kekadang betul and certain ada gak yang tak tepat.





- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).

- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

[+/-] show/hide this post



- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.


- Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)

- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..

- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Photobucket


p/s= peace yawwww!! :)

Thursday, January 20, 2011

Persediaan Sebelum Handphone HILANG

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri.. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

[+/-] show/hide this post


Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :
*#06# (star hash kosong enam hash)
Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit..... Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkankerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.

Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain alang-alang dah hilang biar padan muka org yang curi tu pun tak leh guna juga ....

p/s=rindu tepon besa2 ni :)

Wednesday, January 19, 2011

10 Perkara Lelaki Harus Lakukan ......

tips ni saja untuk tatapan semua samada lelaki yang single or ad gf. kalau single, boleh la gune tips2 ni di masa depan. and yang ada gf tu, mesti korang penah alami saat2 "dingin" bila gf korang PMS kan.fuhh... try usha kat bawah ni, boleh amalkan.

1. Hadiah coklat kepadanya. pasti si gadis gembira menerimanya. sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu

2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. peranan lelaki perlu lebih meahami pasangannya. ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu

[+/-] show/hide this post


3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinta dan pujinya cantik lebih-lebih.

4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.

5. kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengunkit dia makan kek brownies semalam.

6. sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.

7. jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kamu masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara

8. Adakah lebih baik kamu pelajri kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.

9. bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita Kotex soft & smooth Overnight & Librese kerana ia pilihan tepat..



kaum ladies, betol ke tips2 di atas ni??

p/s= naseb lah lelaki takde PMS. hahaaha

Tips bercinta... =P

Korang mesti nak tahu, macam mana nak start percintaan...

Cuba tgk gambar ini.. Selamat memikat awek yg diidami =P

[+/-] show/hide this post




hahaha just for fun

p/s=betol ke?? =p

Monday, January 17, 2011

Hargai



Hargai anugerah ‘cinta’
BAYANGKAN anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan.
Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.

[+/-] show/hide this post


Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.

Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.

Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.

Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.

Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.

Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.

Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.

Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.

Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.

Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.





Hargai seadanya

p/s=Dila Eryza Zaihasra :)
© Expresi Hati

Sunday, January 16, 2011

Bill Gates tak genius ??

sini ada beberapa ketidakpastian kenapa jadi begitu. meh la try kejap.senang je cara. jangan risau,selamat okay :)

MAGIC #1

An Indian discovered that nobody can create a FOLDER anywhere on the computer which can be named as "CON".
This is something pretty cool... and unbelievable...

At Microsoft the whole Team, couldn't answer why this happened!
TRY IT NOW, IT WILL NOT CREATE " CON " FOLDER

[+/-] show/hide this post


MAGIC #2

For those of you using Windows, do the following:

1.) Open an empty notepad file

2.) Type "Bush hid the facts" (without the quotes)

3.) Save it as whatever you want.

4.) Close it, and re-open it.

is it just a really weird bug? ?

MAGIC #3

Microsoft crazy facts. This is something pretty cool and neat... and unbelievable...
At Microsoft the whole Team, including Bill Gates, couldn't answer why this happened!

It was discovered by a Brazilian. Try it out yourself...

Open Microsoft Word and type

=rand (200, 99)

And then press ENTER

then see the magic..............................



p/s=hurmmm aku pakai font kecik pon xleh gak nak buat folder named con,ish

untuk peminat kipas susah mati korea

aku tak la fanatik sangat dengan korea2 nih. tapi aku ada info sedikit yang mungkin korang minat tentang artis2 korea.artis2 top kat korea,tapi tak berapa updated lah. hehe

1.H.O.T bermula kefemesan pada tahun 1996. Group ni ada 5orang.lelaki je.aha

2.S.E.S was the origin of girl idols pada tahun 1997. Group ni dianggotai oleh 3angels yang telah banyak mencairkan peminat2 lelaki.heeeeee

3.pada tahun 1998 lak group SHINHWA lak telah naik dan menjadi femes.ada 6orang ahli and kesemuanya lelaki.

[+/-] show/hide this post


4.pada tahun 1999 lak FLY TO THE SKY muncul dan menjadi artis top dengan suara nya yang sedap.sedap ke ?hehe

5.wahh seksi giler minah ni. minah ni ialah BOA yang femes pada tahun 2000.beliau memulakan karier sejak berumur 13tahun.

6.mamat2 jambu ni lak ialah TVXQ yang dianggotai 5orang. mereka femes pada tahun 2004.fuh

7.next ialah CSJH.awek2 nih femes masa 2005.

8. haaaa yang ni sapa tak kenal kan. mereka nih ialah SUPER JUNIOR juga femes pada tahun 2005.

9.haaaa yang ni lagi lah.aku minat yang ni. awek2 aku nih.oops awek2 nih IALAH SNSD.dorang mula up pada tahun 2007. ada 9orang kesemuanya iaitu SOOYOUNG, YURI, JESSICA, HYOYEON, SEOHYUN, SUNNY, TIFFANY, YOONA anf TAEYEON.


p/s= aku minat SNSD sebab tu aku letak detail cket tentang dorang.haha. 2pm and artis korea yang lain takde sorry ye. will be update later. :) kalau ada yang salah,pm me asap tau.


Saturday, January 15, 2011

Jawab soklan ini kalau teror...


Korang mesti pandai2 kan,kalau tak takkan buat blog kan?(takde kaitan.hahaha) aku ada jumpa 1soalan ni tapi tak tahu apa jawapan dia.cuba korang jawabkan.

Ali miskin...dia takde duit

Dia nak beli baju yang berharga RM50...

Jadi dia pinjam kat kawan A RM25 dan dia pinjam kat kawan B RM25...

Masa dia pergi dia tgk baju tu tgh sale. Harga turun. Baju tu skrg berharga RM45...

Dia bayar then dapat baki RM5...

Dia bagi kawan A RM1 dan dia bagi kawan B RM1...

Dia tinggal RM3...

Dia hutang kawan A RM24 dan kawan B RM24...

[+/-] show/hide this post


So dia hutang RM48...

Dia ada RM3 skrg...

RM48+RM3=RM51...

Knp boleh jd RM51??...

Sedangkan dia pinjam RM50..

haa...jawab jgn tak jawab

p/s=bush pon runsing tak dapat jawab =D

5 DON'TS when you go to sleep!!!

take not guys. benda2 cam ni bahaya kalau selalu diamalkan.


1 DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.


2 DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.

[+/-] show/hide this post



3 DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks,but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mobile phone near you,switch it off first.


4 DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.

Lastly.....


5 DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND
You may never wake up again.

*macam takde kaitan.ahaha

p/s=yang no.5 tu paling bahagia okay.ahaha


Thursday, January 13, 2011

Duduk lama boleh bawa maut????


aku ada jumpa 1fakta ,tak tahu lah betol ke tak. tapi fakta ni cam sesuai la untuk orang2 yang kaki online, gamers, blogger.hehe yang dok mengadap laptop@komputer berjam2.duduk je kerjenye. nak tahu apa dia, meh baca jap tak sampai 5minit pon.

WELLINGTON: Pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi, kata penyelidik.

Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand mendapati mereka berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku yang boleh membawa maut.

Penyelidik mendapat satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau pembekuan darah, adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

[+/-] show/hide this post



Kajian akan disiarkan dalam New Zealand Medical Journal.

DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki.

Pembekuan boleh merebak ke hati, paru-paru atau otak, menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan kemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

Keadaan itu juga digelar sebagai ‘sindrom kelas ekonomi’ kerana penumpang yang duduk dalam penerbangan jarak jauh tanpa ruang untuk meregangkan badan, dianggap paling berisiko menghadapi masalah itu.

Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan masalah darah beku, dan mendapati 34 peratus daripadanya duduk di meja mereka untuk jangka waktu lama.

Sebagai perbandingan, 21 peratus baru-baru ini menaiki penerbangan jarak jauh. Bagaimanapun, penyelidik menerima bahawa lebih ramai duduk di meja mereka dalam jangka panjang berbanding berada dalam penerbangan jarak jauh.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley, berkata sebahagian pekerja pejabat yang menghidap masalah itu duduk di depan skrin di meja mereka selama 14 jam sehari.


“Sebahagian daripada mereka duduk berterusan selama tiga atau empat jam pada satu-satu masa tanpa bangun langsung,” katanya.

Profesor Beasley berkata, masalah ialah yang paling biasa dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Pakar Psikologi dan Kesihatan Universiti Lancaster, Profesor Cary Cooper, berkata dia tidak terperanjat dengan penemuan itu.

Katanya, orang ramai bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya cuma mengambil sandwic sambil melayan emel.


“Pekerja pejabat tidak bangun dan berjalan seperti yang mereka pernah lakukan,” katanya.

DVT menjejaskan kira-kira 100,000 orang dan membunuh sehingga 1,000 pesakit di Britain setiap tahun.– Agensi



woahhh.. serius ke benda ni? tapi apa2 pon, online2 jugak, kesihatan perlu dijaga juga. Agak2 duduk da 2 3jam tu, buat2 la streching cket.regangkan mana2 otot yang patut okay. :)

p/s= aku sendiri duduk berjam2 ngadap laptop.naik beku darah kat buah pinggang.LOL


Wednesday, January 12, 2011

jangan tensen2 okay


korang tahu tak kemurungan boleh membunuh. Kemurungan menyebab badan seseorang yang sentiasa kebal daripada penyakit menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. Kemurungan darah panas di dalam badan seseorang berubah menjadi sejuk dan mengalir lesu. Kemurungan menyebabkan seseorang berasa sunyi dan mahu mati. Kemurungan menyebabkan seseorang berasa mati pun tak apa.

Adakah anda mengalami perkara-perkara seperti berikut:

[+/-] show/hide this post



1. Tertekan atau berasa murung
2. Hilang minat atau suka terhadap aktiviti
3. Tidak bermotivasi dan semangat
4. Sakit kepala, belakang, otot atau sendi
5. Letih dan tidak bertenaga
6. Pergerakan lembab atau resah
7. Susah tidur pada waktu malam
8. Berasa tidak berguna atau bersalah
9. Selera makan bertambah atau berkurang
10. Tidak dapat menumpukan perhatian
11. Rasa hendak bunuh diri


Jika anda menjawab ‘Ya’ kepada soalan 1 dan 2, serta ‘Ya’ untuk empat soalan lain, anda dinasihat mendapatkan penilaian perubatan pakar bagi menentukan sama ada anda mengalami kemurungan.

Info

* Individu murung dikenal pasti mengalami perubahan dalam sistem otak.
* Perubahan ini boleh dicetuskan oleh penyakit fizikal, tekanan, kekecewaan atau kesedihan.
* Selain persekitaran, faktor keturunan juga antara penyebab penyakit ini.
* Sindrom kemurungan adalah penyakit membabitkan kesihatan badan, perasaan dan fikiran.
* Kemurungan juga menjejaskan tabiat makan dan tidur, fungsi seharian dan proses berfikir.
* Perkataan kemurungan atau depression adalah diambil daripada perkatan Latin yang membawa maksud to press down.
* Sejak abad ke-14, to depress merujuk kepada penaklukan atau menjatuhkan jiwa (spirit).
* Sekarang kemurungan atau depression digunakan dalam kajian bidang fisiologi dan ekonomi.
* Pada pertengahan abad ke-20, pengkaji mengeluarkan teori bahawa kemurungan disebabkan ketidakstabilan bahan kimia dalam neurotransmitter di otak.
* Teori ini berdasarkan pemerhatian yang dibuat pada tahun 1950-an mengenai kesan reserpine dan isoniazid yang memberi impak kepada simpton kemurungan.


Simptom kemurungan

* Kesedihan atau kekosongan perasaan yang berpanjangan.
* Tiada minat atau rasa seronok terhadap hobi dan aktiviti lain yang lazimnya mendatangkan keseronokan.
* Mudah berasa letih dan tidak bertenaga.
* Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
* Rasa bersalah dan tidak berguna.
* Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
* Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
* Keinginan untuk mati dan membunuh diri.
* Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
* Kurang daya tumpuan dan sukar membuat keputusan.
* Simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.


5 tip elak kemurungan


->Belajar lebih bersabar dan berfikiran positif.

->Usah terlalu bercita-cita tinggi hingga sukar digapai.

->Elak bersendirian. Luangkan masa bersama mereka yang bermakna dalam hidup.

->Babitkan diri dalam aktiviti menyihatkan dan bersosial.

->Tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi.



Jadi janganlah bersedih atau murung atas kesilapan kesilapan kecil okay. try untuk chill everytime ada masalah :) meh la story kat aku .Im good listener.hehe

Tuesday, January 11, 2011

CONTEST BLOG PALING CANTIK, COMEL DAN KEMAS !!

Here we go, who knows finally I have guts to join this contest. bukan apa, i mean this contest has been organized by a girl name Farzana Ariffin.


hahaha..seee. this is just for fun. saja cuba nasib lah. heeee. and FYI the prizes of cos girl accessories which are clothes,dresses.haha.kalau you guys tak caya click ----> Pelangiwardrobe Hannah if you have been choose as a winner, you can choose any cloth you want. cool ha? anyhow I still wanna join this :) dont ask me what im gonna do with the cloth. =D

and if you guys interested with the contest, see here all the terms and the conditions.

[+/-] show/hide this post



1. jadi follower Farzana Farzanto .
2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana.
3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
4. buat 1 entry tentang contest ni.
5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
9. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.

and bawah ni are the luckiest person yang telah ditag :)

=awanpagi=
=baahbie=
=napeace=
=meor=
=kuchai=

heehehehehe..
senang kan? join lah :) ada rezki tak kemana.


8 guys yang paling powerful di alam siber!

thanks to these cool guys. kalau tak kerana dorang.kite tak dapat buat apa sangat dengan internet. jom tengok siapa dorang nih!

Larry Page dan Sergey Brin
Mecipta Google pada tahun 1998 ketika mereka baru berusia 24 tahun.Bermual di dalam garaj yang menjadi “pejabat” pertama mereka, dua orang ini mengilhami ribuan anak muda untuk mencari wang secara online. Larry dan Sergey kemudian mencipta perusahaan bernilai satu multi million dollar yang menggoncang dunia Internet.

Mark Zuckerberg
Mark Zuckerberg, mahasiswa universiti Harvard yang menemui Facebook sebagai satu platform jaringan sosial bagi remaja di perguruan tinggi ketika dia baru berusia 19 tahun. Facebook kini merupakan site web jaringan sosial terbesar pertama mengalahkan MySpace. Facebook terus berkembang hari demi hari, dengan jutaan pengguna baru yang terus mendaftar setiap bulan.

[+/-] show/hide this post



Steve Chen dan Chad Hurley
Para pencipta dari web “berkongsi video online”, YouTube. Mereka mendirikan YouTube pada 2005 ketika Chad berusia 28 tahun dan Steve 27 tahun. YouTube kemudian dibeli oleh Google dengan nilai $1.65 million.

Jerry Yang dan David Filo
Pada tahun 1995 kedua orang ini menemui Yahoo!, mesin pencari yang merupakan saingan terdekat Google. Jerry berusia 26 tahun dan David Filo 28 tahun ketika mereka menciptakan Yahoo! Kedua orang ini sekarang mungkin lagi hangat dibicarakan,setelah Microsoft tawaran bernilai US$44.6 million untuk mengambil alih Yahoo.

Matt Mullenweg
Matt Mullenweg baru berusia 19 tahun ketika ia mencipta platform blogging yang kini dipakai dimana-mana. Ia mendirikan platform blogging WordPress pada tahun 2005, dan sejak itu blogosphere pun mulai berevolusi. Orang-orang mulai berpindah dari MovableType dan platform lainnya ke WordPress, kerana platform baru ini memang mudah dipakai dan selalu diperbaharui dan terus meningkat.

Tom Anderson
Menciptakan jaringan sosial #2 di dunia dengan lebih dari 100 juta pengguna, Tom Anderson mendirikan MySpace di tahun 2004 ketika ia baru berusia 23 tahun. Dia mungkin tidak sekaya Mark Zuckerberg, tapi ia tercatat sebagai pendiri dari jaringan sosial yang diguna paling luas di Internet.


Joe Hewitt & Blake Ross
Pada tahun 2003, Blake Ross mendirikan Mozilla ketika dia baru berusia 19 tahun. Sejak itu, Mozilla tumbuh sangat pesat, menggoda pengguna Internet untuk memakai browser Firefox Mozilla mereka sendiri, yang terbukti memang lebih mudah dioperasikan dibandingkan kebanyakan aplikasi browser web lainnya.

Pierre Omidyar
Pada tahun 1995 ketika ia baru berusia 28 tahun, Pierre Omidyar mendirikan eBay, lelongan online sedunia. Sejak itu, banyak orang-orang menghargai penemuannya, sehingga mendorong eBay menjadi platform dunia.

seee... cool giler kan dorang nih. memang dilahirkan genius.haha. da la kaya gilerrr.
fuh =)

p/s= kalau mark tutup fb, aku baru nak mintak coding untuk buat social network sendri.haha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...