Follow me on Facebook Follow me on Twitter
Showing posts with label madahan hati. Show all posts
Showing posts with label madahan hati. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

kiasan hati


awak tanya saya apa salah awak? saya senyum dan cakap tak de pape pon, bila awak pergi terus air mata saya jatuh .. everything is :'(


awak takkan tahu apa yang awak penah miliki sehingga awak kehilangannya, bila awak sedar yang awak kehilanngannya awak takkan dapat balik..


saya sedih merindui awak , tapi saya makin sedih walaupun awak disisi saya saya tahu saya takkan dapat miliki awak.


saya selalu berharap pada sesuatu yang tidak pasti dan tetap berharap ia akan berlaku walaupun saya tahu ia memang takkan berlaku.. saya harap saya akan sedar..



saya selalu tunggu awak,saya tak kisah pon sebenarnya, tapi awak tahu tak menunggu itu menyeksakan .lebih menyeksakan saya tak tahu apa yang saya tunggu sebenarnya.. :'(


[+/-] show/hide this post





please stay .. i do need you badly.

Thursday, February 24, 2011

kenapa jari manis pilihan cincin?

jom kwn2 ku kita tmbh knowledge.. aku pon selalu tertanya2 gak knp biler org tunang ke kawin ke mesti sarung cincin kat jari manis.. knp kan? sbb name nyer tu "jari manis" so tu psl ke cincin tu nmpk manis taruk kat situ ek? aku pon x ler pakai cincin.. tp sje suka2 nak tau.. Jom kiter terjah! hehe..



Korg ikut jer langkah2 ni wahai kgkwn ku.. ekeke.., Tuhan benar2 membuat keajaiban.. hehe..



1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk (ala mcm di lipat tu) ke dalam


(lihat gambar kt bwh ek)

[+/-] show/hide this post


2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.
3. Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.


4. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.


5. sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.


6. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain. Cinta suami isteri kekal abadi.




p/s= tambahan. :arrow: :arrow: :arrow:

tapi aku raso ..

1. IBU JARI tu..jabatan PENDAFTARAN nyer...sebab ia diperlukan di jabatan pendaftaran...sekarang guna scan lagik.

2. JARI TELUNJUK plak...jabatan PELAJARAN nyer...sebab selalu digunakan oleh guru2 sekolah untuk ngajor.

3. JARI TENGAH/HANTU yang ni jabatan IMIGRESENnyer..jari ni digunakan tak kala nak sungkit baju korang bila dilapangan terbang..mana tahu korang seludup sumtin ke kat pinggang.

4. JARI MANIS...memang tak nafi...jabatan NIKAH KAHWIN...tempat parking cincin tunang, nikah or kahwin.

5. Last sekali..JARI KELINGKING..apa tugas nyer..yg ni jari wakil jabatan KESIHATAN...kerja2 pembersihan..ia lakukan...apa ia lakukan?..Apa lagik...KOREK HIDUNG arrrr...kan kerja pembersihan jugak nama nyer tu...tak kan nak pakai ibu jari...lopong hidung nanti...wakakakaka


just for fun^^

Jaga hati si Dia




korang mesti pernah bercinta, and mesti ada pengalaman kan. and for those yang single and keep single-ing boleh la bace2 untuk tambah general info tentang hubungan okay. saya rasa klasik sedikitlah,sori yeeee :)


1. "Awek saya dulu tak pernah buat macam tu"
- si dia pasti akan berasa kecewa kerana perempuan tidak suka diperbandingkan dengan kekasih kamu dulu dan sebaiknya kamu belajar terima dirinya seadanya.

2. "Eh, tak ketat ke baju awak tu?? Nampak macam dah gemuk."
- percayalah perempuan benci dikatakan gemuk.. kamu memang sengaja mencari nahas.

3. "Alamak, abang lupalah hari ni harijadi sayang"
- hari penting!!! kena ingat!!! ini akan memberikan kesan dalam perhubungan kamu

4. "Hai, janganlah asyik marah2"
-jangan tambahkan lagi kemarahannya, kemungkinan dia ada masalah, jadi bersedialah untuk membantu

5. "Saya memang pernah keluar dengan dia tapi masa tu saya tengah bengang dengan awak"
- kamu memang mengecewakan... .

[+/-] show/hide this post


6. "Awak pergilah shopping sendiri atau dengan kawan.. saya malaslah nak ikut"
- kamu mengecilkan hatinya kerana pada masa inilah dia ingin spent masa dengan kamu

7. Bedebat pertahankan pendapat
- janganlah sampai bersungguh2 kerana kemenangan kamu hanya akan mengundang masam di mukanya..

8. "Ingat nak ajak awak keluar semalam, tapi awak ni boringla"
- percayalah hubungan kamu boleh putus dengan ayat ini...

9. "Eh, kawan baik awak tu boleh tahan jugak ye??"
- ini boleh menyebabkan si dia tersinggung dan kamu mengundang celaka daam perhubungan kamu berdua

10- "Awak ni kuat membebellah, tu belum kawin lagi"
- jangan salahkannya sahaja tapi fikirlah kenapa??


actually banyak je benda2 yang dilarang, tapi ni je yang mampu ditulis.kalau korang ada, share lah :)




Monday, February 21, 2011

Menawan Hati



1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

[+/-] show/hide this post


8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.






p/s= saya still cube menjadi yang terbaek untuk seseorang^^


Sunday, February 20, 2011

Air Mata Hawa



hari ni kita nk bincang sikit tentang air matawanita.hehe.seperti apa yang kita tahu,dah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu mempunyai hati yang lembut,mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif..

air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki..so,persoalannya disini..kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir?kenapa?wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9 wanita, akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya.begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.

kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh.dari aspek yang semacam ini,lelaki seharusnya memahami wanita ini.wanita akan menagis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinya. tambahan pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya..perkara ni nampak kecil je kan?tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.



ok..untuk situasi lain,contohnya si isteri mengadu pada suaminya..

"abg,bahu ayg sakit la.boleh tak abg tolong picit jap"..lepas tu suami dia cakap.."ala syg,abg pun letih juga.."pastu,pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..sikit je kan masalah nye?kalau kes macam ni terjadi macam ne?suami sure mengelabah kalau tengok isteri nangis..hehe.

so,memang tak ada cara lain.kena pujuklah jawabnya.tapi,nak pujuk pun kena ada cara.salah pujuk,lagi menjadilah jawabnya..bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis,dan seumpama mahu dipujuk,suami kena guna cara yang terbaik,contohnya,peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk,usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya.insyaallah,lembut hati isteri tu."

jom kita baca kisah ni..

[+/-] show/hide this post


kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untukmengetahui kenapa perempuan mudah menangis.Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untukmengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,

"Ibu, mengapa ibu menangis?"Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?""Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapaperempuan menangis?Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,

"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"

Gurunya menjawab:

"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat dideka pdengan lembut olehnya.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa -masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yangmelindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberika npengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun da inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya.kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2.tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah inicara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi.sekarang,isteri nangis ..biar gitu je..kenapa wanita cepat nagis?sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika dia menagis,apa yang dia mahu kan?belaian kan?jika pada zaman berkasih,boleh beri layanan yang hebat,kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama?bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum?dapat pahala tu!!!

ok..kenapa lelaki tak mudah menangis?perasan tak kalau masa kecik2 dulu,bagi orang lelaki la ni..kalau la budak laki ni nangis,mesti mak atau ayah,atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap..'ish..apa ni laki nagis?buat malu je.macam perempuan je.laki kuat..tak boleh nangis"...sebabkan statement ni la yang sudah terbekesan dalam minda lelaki.memang pada dasarnya,betul..tapi,siapa kata laki ni tak boleh nagis?hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw pun menagis jugak.tapi tangisan nya bertempat lah..

tapi,apa2 pun,janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun.cuba selami hati wanita.wanita ni just nak dimanja,diberi perhatian.terutamanya dari orang yang dia sayang.dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,

"tangan yang di sangka

lembut menghayun buaian

mengoncang ,mencipta sejarah." hehe.

dan di sebalik kejayaan lelaki itu,pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."



p/s=You dont marry someone you can live with - you marry the person who you cannot live without


Saturday, February 5, 2011

Pertengkaran Yang Lembut


Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya.
PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga.

Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

Aku ingin berkongsi tip bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, ‘minta maaf’.

[+/-] show/hide this post


-Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

-Tiada dendam dalam percintaan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.

Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

-Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

-Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

-Jangan bertindak secara fizikal

“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.

Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.

Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”. contoh je okay. as long as guna ayat yang lembut.

-Usah menjauhkan diri

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.




p/s=soryy lah ayat2 aku ni cam klasik giler.well da tua dah .haha

Monday, January 24, 2011

Andainya perempuan tahu…

selalunya aku update benda2 yang patut lelaki buat untuk perempuan. so now, terbalik lak. aku as lelaki (poyo kan?haha) nak luah something. mungkin kekadang betul and certain ada gak yang tak tepat.





- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).

- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

[+/-] show/hide this post



- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.


- Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)

- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..

- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Photobucket


p/s= peace yawwww!! :)

Wednesday, January 19, 2011

10 Perkara Lelaki Harus Lakukan ......

tips ni saja untuk tatapan semua samada lelaki yang single or ad gf. kalau single, boleh la gune tips2 ni di masa depan. and yang ada gf tu, mesti korang penah alami saat2 "dingin" bila gf korang PMS kan.fuhh... try usha kat bawah ni, boleh amalkan.

1. Hadiah coklat kepadanya. pasti si gadis gembira menerimanya. sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu

2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. peranan lelaki perlu lebih meahami pasangannya. ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu

[+/-] show/hide this post


3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinta dan pujinya cantik lebih-lebih.

4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.

5. kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengunkit dia makan kek brownies semalam.

6. sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.

7. jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kamu masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara

8. Adakah lebih baik kamu pelajri kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.

9. bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita Kotex soft & smooth Overnight & Librese kerana ia pilihan tepat..



kaum ladies, betol ke tips2 di atas ni??

p/s= naseb lah lelaki takde PMS. hahaaha

Tips bercinta... =P

Korang mesti nak tahu, macam mana nak start percintaan...

Cuba tgk gambar ini.. Selamat memikat awek yg diidami =P

[+/-] show/hide this post




hahaha just for fun

p/s=betol ke?? =p

Monday, January 17, 2011

Hargai



Hargai anugerah ‘cinta’
BAYANGKAN anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan.
Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.

[+/-] show/hide this post


Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.

Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.

Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.

Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.

Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.

Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.

Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.

Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.

Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.

Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.





Hargai seadanya

p/s=Dila Eryza Zaihasra :)
© Expresi Hati

Sunday, January 9, 2011

Bestnye Bercium2...Ciumlah Pasangan Anda..

Fadhilat Bercium??? Jom tgk.. baca sampai habis. :)

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan... ..
Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga
efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi
kesihatan?


* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung
per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan
nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan
nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan
pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh
menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan
stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

[+/-] show/hide this post



lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!


1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan
hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak
melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang
merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan
tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah
tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu
menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah
boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan
memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi
kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang berghairah mampu
membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan
kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air
liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu
mengurangi sakit.


yg blum kawen, cium dinding jer laaa jwb nya...

p/s=tak saba nak kawen =P

9 Deadly Words Used By A Women

Hari ini saya akan menulis artikel ini untuk tatapan anda dalam Bahasa Malaysia. (versi asal dalam bahasa inggeris dan tidak diketahui siapa pengarang sebenar)

Jika wanita menyebut perkataan berikut, kemungkinan anda tidak akan tidur lena.


1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

[+/-] show/hide this post



3. Tak ada apa-apa atau lebih glemer, nothing!
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja "sama-sama". Tetapi jika wanita berkata "terima kasih banyak-banyak ye!", itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab "sama-sama".


8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!.

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.


Bagi lelaki, Agak-agak anda, yang mana satu anda pernah dengar?

Bagi wanita, yang mana satu biasa anda guna? heeeeee

peace^^

Cinta dalam ungkapan Sekeping Kertas...(expresi cinta3)

cinta itu seronok.. tapi, apakah terjadi apabila cinta di main2kan..

[+/-] show/hide this post




tapi aku rasa hati aku cam kaca yang dicantum semula ... hurm

kasih seekor burung(expresi cinta2)

siapa cakap haiwan tiada perasaan cinta atau kasih sayang. tengok dan hayati :)

Seekor burung betina terkapai kapai di atas tanah dengan keadaan tubuh yang luka parah.

[+/-] show/hide this post



Pasangan jantannya membawakan makanan kepada sang betina dengan kasih sayang dan terharu.

Ketika sang jantan sedang memberi makan kepadanya, tak lama kemudian sang betina mati terkulai. Sang jantan sangat rasa terpukul dan berusaha mengangkatnya.

Sang burung jantan akhirnya menyedari bahawa pasangan yang dicintainya telah mati. Ia kemudian “menangis” di hadapan pujaannya yang telah terkulai mati.

Sambil berdiri di samping tubuh sang burung betina, sang jantan kemudian “berteriak” dengan suara yang sangat menyedihkan.

Akhirnya sang burung jantan menyedari bahawa pasangan yang dicintainya telah meninggalkannya dan tak akan hidup kembali bersamanya. Ia berdiri disamping tubuh sang betina dengan sedih dan duka yang mendalam.

Renungilah wahai kawan,sang burung juga mempunyai cinta yang sejati...
adakah anda semua begitu pada pasangan tersayang?

Thursday, January 6, 2011

Nota terakhir (expresi cinta1)


sebulan sudah pon berlalu, Alisya tetap tak dapat melupakan hafiz.walaupon hafiz pergi buat selamanya, kasih Alisya hanya untuk hafiz seorang. setiap hari Alisya melawat pusara hafiz, mendoakan supaya hafiz ditempatkan di kalangan orang beriman. Awak... kadang-kadang saya tak boleh terima yang saya sendirian tanpa awak disisi.kenapa awak terlalu cepat pergi, pergi meninggalkan saya. dalam lamunan ,terhenti pabila datang seorang pakcik yang menjaga perkuburan kepada Alisya lalu berkata "sudah la tu nak,usah meratapi mereka yang sudah pergi. banyakkan bersabar, ni semua ketentuan Illahi." Kalau lah pakcik tu tahu betapa sayangnye saya pada awak...

"Awak.. saya sangat rindukan awak.." dalam hati berbisik..

kriiiinnnngggggg* loceng kelas berbunyii.. semua pelajar masuk ke kelas masing selepas tamat waktu rehat. hafiz sebagai ketua pengawas memastikan tiada pelajar yang ponteng kelas selepas makan. sedang hafiz meronda di kawasan pejabat sekolah, hafiz ternampak kereta BMW 5series warna hitam.

[+/-] show/hide this post



"hurm, siapa la orang kaya datang tu??" monolog hafiz sendirian sambil meneruskan tugas yang telah dipertanggungjawabkan.



tiba-tiba* "hey! mata letak kat mana ha??? jalan pandang depan lah! " marah seorang budak perempuan pada hafiz dan terus berlalu pergi dengan sepasang suami isteri ke arah kereta mewah itu.

"ekeleh poyo giler minahhhh ni. kau yang langgar aku dok sebok cakap tepon. huh!" bisik hafiz tidak puas hati. tapi .. comel jugak ye girl tadi. :')

*Sayang..
"Awak tahu tak, time tu lah pertama kali saya suka kat awak. walaupon awak marah saya tapi awak nampak sangat comel." alangkah bagus kalau awak tahu..

Pada esoknya, ketika sesi pembelajaran, masuk seorang pelajar baru. "Okay students, harini kita ada pelajar baru yang bernama Alisha .die akan menjawab SPM bersama2 kita disini" . Eh rupanya, girl semalam tu yang sombonggg.. Mungkin disini tuhan tetapkan pertemuan kita..

Hari terus berlalu tetapi hafiz tetap tak pernah bercakap dengan alisya semenjak kejadian terlanggar haritu. Hafiz lihat alisya selalu, Oh tuhan alisya sangat cute, walaupun hafiz ambik subjek tambahan matapelajaran seni tetapi hafiz tak mampu untuk lukis wajah alisya :)

tak pelah, gamba alisya secara realiti adalah yang terbaik buat hafiz. Pada hujung minggu, hafiz selalu lepak di kedai buku. ntah camana, hafiz ternampak alisya tengah mencari buku, agaknya. hafiz rasa mungkin ini peluang untuk die menyapa alisya. hafiz berasa sangat nervous !!

hafiz cuba untuk approach alisya. "eh hai. saya hafiz. sorry pasal kejadian tempoh hari.tak sempat saya nak mintak maaf tapi awak da pergi."

"Hai hafiz.saya pon nak mintak maaf jugak sebab marah awak time tu,saya tak sengaja. sala saya sebenarnye.sorry ye? " alisya jawab dengan tersenyum.. aduhhh, hanya tuhan saja yang tahu betapa happynye hafiz time tu. hafiz ingat alisya sombong tapi, semua tu salah.. alisya jaoh lebih baik dari apa yang hafiz sangka..

"haha.awak ni kelakar la hafiz.da sebulan kita sekelas tapi baru sekarang baru awak nak tegur saya? hahaha". perli alisya kat hafiz.

hafiz bukan sengaja tak nak tegur alisya, tapi time tu hafiz ingat alisya sombong. takut gak tiba-tiba alisya marah hafiz depan kawan2 hafiz ke. ala... da tak kisah semua tu, yang penting alisya asyik tergelak je dengar hafiz bercakap.



jam da menunjukkan 4petang, alisya cakap dia nak balik rumah dah. Cepatnya dunia ni berputar, rasa cam baru 5minit bercakap walaupon dah hampir 3jam mereka berborak. hafiz memberanikan diri untuk minta no alisya .

"Errrr alisha. hurmm nak no phone awak boleh? maklumlah kite kan sekelas senang nak contact2 pasal kerja sekolah ke. " hafiz cuba memberi alasan sebelum alisya tanya lebih lanjut.

"ye la tu hafiz.haha. nahh cepat salin 01********. okay alisha balik dulu ye. take care!" alisya pergi dengan senyum..bahagia betol hidup ni.hehe

semenjak itu meraka menjadi makin rapat.. setiap malam mereka MSG before tido. kadang-kadang alisya call hafiz :)

Pada suatu hari ,hafiz tak dapat hadir ke kelas. Alisya sangat risau seharian di sekolah. habis je waktu sekolah, alisya terus bergegas ke rumah lalu ambik hanphone dan menghantar message;

alisya: Awk, sy xnmpk awk harini kt kelas. awk tak sehat ke? sy risau. klu awk da bce msg sy ni, reply asap tau.sye tggu (:
hafiz; hai alisya, sorry wak. sye terbngn lmbt harini.hehe. risau gak awk kt sye ye. :)
alisya; mstilah rsau. sy kn kwn awk.
hafiz; thanks awak :) kite jmpe esok kt kelas k.

tetapi esok nya hafiz tetap tak pergi ke sekolah.alisya runsing. kenapa hafiz tak datang ke kelas harini. runsing berbaur mara sebab hafiz berjanji untuk datang ke kelas harini. setibanya ke rumah, alisya terus call hafiz tapi tiada jawapan. alisya cuba hantar msg pada hafiz.
tapi belum sempat alisya hanta msg, hafiz sudah hanta terlebih dahulu.

hafiz; alisya,sorry sye tak angkat call awak tadi. sye solat jap tadi.
alisya; okay xpe. tapi awak tipu sy. awk ckp nak dtg harini ke kls.sy tggu awk tp awk xdtg. :(
hafiz; sye mntk maaf wak! harini pon sye terbngn lmbt lagi.mak xkejutkan sye.hehe. jahat nye sye ni. sorry ye wak, sye xd niat nak tipu awk. :)
alisya; okay .esk pg2 sy kjut awk .jgn silence lak.
hafiz; oh okay alisya! :)




pada esok paginye, alisya call hafiz untuk kejut bangun solat subuh. hampir 5x call tetapi semuanya masuk voice msg. alisya try lagi dan kali ni, ada orang angkat, suara perempuan middle age jawab.

mak hafiz; hello. sape ni?
alisya; hello makcik. sy kwn hafiz, sy call untuk kejut die bangun solat subuh.
mak hafiz; oh alisya. hafiz masuk hospital pukul3 pagi tadi. dia demam panas.
alisya tergamam*
alisya; betul ke makcik? kalau cam tu tak pelah. terima kasih ye.

selesai je waktu sekolah, alisya gegas ke hospital dimana hafiz dimasukkan. Alisya pergi ke wad hafiz dan lihat hafiz sedang tidur dengan lena. alisya nampak mak hafiz di sisi katil. alisya menyapa mak hafiz dan salam.lalu bertanya keadaan hafiz. mak hafiz hanya menunduk lalu berkata "alisya, hafiz ngidap barah paru2, doktor bagitahu keadaan hafiz da kritikal. die cuma ada masa 4bulan lagi untuk hidup."



alisya berasa dunia berhenti berputar untuk seketika. alisya tak mampu berkata apa2, hanya linangan air mata yang mengalir deras. alisya tak sangka selama ni, disebalik gurauan, muka ceria hafiz tersimpan rahsia yang sebenarnya hafiz sakit.. doktor datang dan beritahu pada alisya dan family hafiz, "yang terbaik ialah bagi dorongan pada hafiz dan membuat die gembira supaya die terlupa tentang sakit die."

"tak pe doktor. saya redha jika ini ketentuan tuhan." hafiz jawab. semua terkejut. rupanya hafiz berpura2 tidur ketika doktor berbual dengan family hafiz. alisya lihat hafiz masih mampu tersenyum walaupun .. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

selepas seminggu hafiz dibenarkan keluar dari hospital. dan hafiz mulakan persekolahan seperti biasa. setiap hari alisya perhatikan tingkah laku hafiz andaikata hafiz menunjukkan tanda2 pengsan. dan setiap kali alisya lihat hafiz, air mata alisya akan berlinang. "ya allah kuatkan hafiz." bisik alisya.

cuti pertengahan tahun pon bermula.pada suatu hari hafiz call alisya..



hafiz; hello alisya. jom kua jalan2. saya boring duduk rumah.
alisya; tapi hafiz kan xsehat, kene rehat kat rumah
hafiz; ala...saya boring yang amat ni. jom ye temankan saya. saya jumpe awak di bukit belakang sekolah kite tau.
alisya; eh awak..
hafiz; saya tggu awak kat sana .hehe bye!

mereka pon bertemu di bukit seperti yang dijanjikan. alisya nampak muka hafiz ceria sahaja.jarang sungguh alisya lihat hafiz bersedih. mereka duduk bersama di situ.

"alisya, tengok tuu. awan tu cantik lah bentuk daun!!" hafiz berkata sambil menunjuk ke langit.
alisya cuba mencari awan seperti yang diperkatakan hafiz tapi tak jumpa.
"tu ha wak. cuba tengok betol2." hafiz terangkan lagi.
alisya cuba lihat betul2 tapi tetap tak nampak. "haah. cantik kan awan tu hafiz. ada ape ni?mesti nak ngorat saya ni." alisya bergurau dengan hafiz dan nampak hafiz ketawa. tiba-tiba alisya nampak hafiz sedang baca sesuatu di belakang. alisya tanya apa yang dibaca hafiz tapi hafiz cuma menjawab tak ada pape.



hafiz berkata" eh wak, jom kite pergi kat taman permainan kat bawah tu lak. da lama saya tak main buaian.haha"
alisya tak berkata apa,alisya cuma pelik dengan perangai hafiz .alsiya ikot hafiz ke taman permainan di bawah bukit tersebut. di taman permainan, alisya lihat hafiz sangat ceria.mereka bermain buaian bersama,jongkang-jongket.

sedang bermain, alisya sekali lagi ternampak hafiz baca sesuatu secara menyorok seolah2 sembunyi sesuatu dari alisya.tapi hafiz tetap tak nak bagitahu alisya.

hafiz mengajak " alisya, saya haus. jom makan ABC kat depan tuh. nyum3! cepat la alisya..haha."
alisya cuba mengejar hafiz. semasa mereka makan abc,tiba-tiba hafiz terbatuk. dan terus batuk berkali2. melihatkan keadaan hafiz, alisya risau dan terus berdiri belakang hafiz dan urut belakang hafiz. alisya mengajak hafiz pergi ke hospital tetapi hafiz taknak. hafiz cuba meyakinkan yang sebenarnya die sehat je.

alisya bertanya "awak da makan ubat awak belum before keluar ni??"
hafiz cuma diam...
"awak makan ubat belum? kalau belum jom kita balik now." alisya tegas.
"alisya, saya dah stop ambik ubat 2bulan" hafiz bagitahu. alisya terkejut dan tanya kenapa.
"kos ubatan saya tinggi alisya, saya tak nak bebankan family saya.lagipon saya tahu saya tak leh hidup lama.buat apa saya makan ubat" hafiz terangkan dengan sayu.
alisya dengar lalu menitis air mata "sudah hafiz, jom pergi ke hospital. saya boleh tanggung kos rawatan awak.papa mama saya tahu tentang awak.jom pegi hosptal now!"

hafiz tetap taknak pergi ke hospital. tiba2 tak sempat ABC dihabiskan, hafiz ngajak alisya pergi ke kedai buku.



dihadapan kedai buku, hafiz bertanya "awak ingat lagi ni tempat apa?" alisya pelik dan geleng kepala. tiba-tiba hafiz batuk kuat dan kali ni batuknya keluarkan darah.
alisya menjadi panik dan cepat2 tangkap hafiz dari terjatuh atas jalan. alisya menangis dan menjerit tolong pada orang ramai.

"awak jgn nangis alisya. dah tak sempat saya untuk ke hospital. saya cuma nak ucap terima kasih sebab sudi meluangkan masa saya dengan saya.sentiasa berada disisi saya tak kira masa. terima kasih alisya." hafiz cuba bersuara.

"sudah hafiz, cukup. jom ke hosital now!" alisya memujuk hafiz.

"sebelum saya pergi , saya nak bagitahu saya sayangkan awak sangat alisya.. terima kasih untuk segalanya." kata2 terakhir hafiz sebelum melafaskan 2kalimah shahadah.

"HAFIZ!!!!!!!!!" alisya menjerit sambil memeluk erat hafiz...


selepas result SPM keluar. alisya bersyukur kerana die berjaya mendapat straight As. "semua untuk awk hafiz" bisik alisya dalam hati.. alisya termenung tepi tingkap sambil memegang sehelai kertas kecil yang bertulis

1.jumpa di bukit [x]
2.bermain taman permainan [x]
3.makan abc [x]
4.pergi ke kedai buku [x]
5.mati di dalam dakapan orang tersayang [ ]
p/x= dimana kite bermula, disitu kita berpisah


terima kasih hafiz untuk segalanya.. Alisya takkan lupakan hafiz.. saya sayang awak hafiz .





*tiada kaitan antara hidup atau pun mati.cuma rekaan semata2.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...