Follow me on Facebook Follow me on Twitter

Thursday, February 24, 2011

Henpon masa depan!!!

huhu....aku nak share HP baru ngn korang...
nama hp nie MOZILLA SEABIRD...die punya spec memang mengagumkan...sekarang tengah prototype...so maybe tahun depan kuar kat malaysia....HP nie bakal menggugat semua jenis HP di dunia untuk menandinginya...meh kita sama2 lihat...wooohooo...nangis beb...XD




[+/-] show/hide this post



p/s=sape2 belikan aku phone nih, befday da nak dekat. hahah

Hacker yang cantekkkk

World's hottest female hacker appears in NYC court
Kristina Svechinskaya - who has been dubbed the "world's hottest female
hacker" - recently appeared in a NYC courtroom to face charges of stealing
$35,000 for the notorious Eastern European ZBot cyber-criminal gang.
According to the *NY
Observer
the crying Svechinskaya approached the bench wearing skin-tight jeans and
slinky, calf-high boots.
Sexy, eh? Definitely!
Still, as Sophos
senior security
researcher Graham
Cluley notes, the jury is still out on whether or not the fetching
Svechinskaya is actually a bona fide hacker.
"Kristina has been charged with one count of conspiracy to commit bank fraud
and one count of false use of passports. [Yet], that's not how I would
define hacking," opined Cluley.
"[Yes], prosecutors claims that Svechinskaya was recruited to join a 'mule'
organzation that had numbered over two dozen participants and had contact
with computer hackers and individuals who could provide fake passports.
"[Nevertheless], there's nothing really there to suggest, even if she was
proven guilty, that she's a hacker."
Fair enough.
But that isn't really the point of Kristina Svechinskaya or her photos, is
it?




[+/-] show/hide this post




Blog Review Mania Farzana Farzanto!


tak tahu nak buat apa pepagi buta nih. baru lepas habis download lagu2 OST BOF, PH then now jalan2 usha blog orang. tertarik dengan entry Blog Review Mania Farzana Farzanto! oleh Farzana Farzanto.

simple je syarat2 nak join ni.and anyone pon boleh.i mean yang ada blog jelah.hehe. this is 2nd time join her activity sebab dulu punye kalah.haha.takpe2. just for fun, bosan2 kan pagi2 buta nih.aha hope2 terpilih untuk direview ^^

[+/-] show/hide this post



tutup 27 feb 2011. wink2 =)

kenapa jari manis pilihan cincin?

jom kwn2 ku kita tmbh knowledge.. aku pon selalu tertanya2 gak knp biler org tunang ke kawin ke mesti sarung cincin kat jari manis.. knp kan? sbb name nyer tu "jari manis" so tu psl ke cincin tu nmpk manis taruk kat situ ek? aku pon x ler pakai cincin.. tp sje suka2 nak tau.. Jom kiter terjah! hehe..



Korg ikut jer langkah2 ni wahai kgkwn ku.. ekeke.., Tuhan benar2 membuat keajaiban.. hehe..



1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk (ala mcm di lipat tu) ke dalam


(lihat gambar kt bwh ek)

[+/-] show/hide this post


2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.
3. Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.


4. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.


5. sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.


6. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain. Cinta suami isteri kekal abadi.




p/s= tambahan. :arrow: :arrow: :arrow:

tapi aku raso ..

1. IBU JARI tu..jabatan PENDAFTARAN nyer...sebab ia diperlukan di jabatan pendaftaran...sekarang guna scan lagik.

2. JARI TELUNJUK plak...jabatan PELAJARAN nyer...sebab selalu digunakan oleh guru2 sekolah untuk ngajor.

3. JARI TENGAH/HANTU yang ni jabatan IMIGRESENnyer..jari ni digunakan tak kala nak sungkit baju korang bila dilapangan terbang..mana tahu korang seludup sumtin ke kat pinggang.

4. JARI MANIS...memang tak nafi...jabatan NIKAH KAHWIN...tempat parking cincin tunang, nikah or kahwin.

5. Last sekali..JARI KELINGKING..apa tugas nyer..yg ni jari wakil jabatan KESIHATAN...kerja2 pembersihan..ia lakukan...apa ia lakukan?..Apa lagik...KOREK HIDUNG arrrr...kan kerja pembersihan jugak nama nyer tu...tak kan nak pakai ibu jari...lopong hidung nanti...wakakakaka


just for fun^^

Jaga hati si Dia




korang mesti pernah bercinta, and mesti ada pengalaman kan. and for those yang single and keep single-ing boleh la bace2 untuk tambah general info tentang hubungan okay. saya rasa klasik sedikitlah,sori yeeee :)


1. "Awek saya dulu tak pernah buat macam tu"
- si dia pasti akan berasa kecewa kerana perempuan tidak suka diperbandingkan dengan kekasih kamu dulu dan sebaiknya kamu belajar terima dirinya seadanya.

2. "Eh, tak ketat ke baju awak tu?? Nampak macam dah gemuk."
- percayalah perempuan benci dikatakan gemuk.. kamu memang sengaja mencari nahas.

3. "Alamak, abang lupalah hari ni harijadi sayang"
- hari penting!!! kena ingat!!! ini akan memberikan kesan dalam perhubungan kamu

4. "Hai, janganlah asyik marah2"
-jangan tambahkan lagi kemarahannya, kemungkinan dia ada masalah, jadi bersedialah untuk membantu

5. "Saya memang pernah keluar dengan dia tapi masa tu saya tengah bengang dengan awak"
- kamu memang mengecewakan... .

[+/-] show/hide this post


6. "Awak pergilah shopping sendiri atau dengan kawan.. saya malaslah nak ikut"
- kamu mengecilkan hatinya kerana pada masa inilah dia ingin spent masa dengan kamu

7. Bedebat pertahankan pendapat
- janganlah sampai bersungguh2 kerana kemenangan kamu hanya akan mengundang masam di mukanya..

8. "Ingat nak ajak awak keluar semalam, tapi awak ni boringla"
- percayalah hubungan kamu boleh putus dengan ayat ini...

9. "Eh, kawan baik awak tu boleh tahan jugak ye??"
- ini boleh menyebabkan si dia tersinggung dan kamu mengundang celaka daam perhubungan kamu berdua

10- "Awak ni kuat membebellah, tu belum kawin lagi"
- jangan salahkannya sahaja tapi fikirlah kenapa??


actually banyak je benda2 yang dilarang, tapi ni je yang mampu ditulis.kalau korang ada, share lah :)




freedom!

yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..
merdeka sudah.sebab exam sudah tamat and jugak tamat lah hari2 ku di cfs. wink2. cuti 7 bulann weh,, jgn nak maen giler. ape nak buat cuti lame2 nih. mahu gak ah ada anak sorang,hahaha.
tak tahu nak keje ape, kalau korang ada keje kosong, pm la aku.nak ajak jumpe ke(area KL sel) :)

hepi2 memang hepi exam dah habis tapi rasa gundah gak buat last paper tadi iaitu math. susah woo.huhuhu doakan saya berjaya ye!!!
bawah2 ni contoh soalan yang aku jawab.LOL jk

[+/-] show/hide this post














see susah giler kan soalan exam nih.sampai siap lukis bunuh diri.hahaha
hidup mesti enjoy!!!!


Monday, February 21, 2011

Menawan Hati



1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

[+/-] show/hide this post


8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.






p/s= saya still cube menjadi yang terbaek untuk seseorang^^


inspirasi hatiku



Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi disisiku
Hatiku sayu bertambah pilu

Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehiduran ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku
Seringkali aku bedoa padaNya
Agar tabah menyusuri kehidupan ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yg mencabar
Sekianya aku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu/sebaikmu oh kasih
Byk membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yg taat kepadaNya
Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap padamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku… (dehearty)


[+/-] show/hide this post






p/s=tiada kaitan antara hidup atau pon mati:)


Sunday, February 20, 2011

Air Mata Hawa



hari ni kita nk bincang sikit tentang air matawanita.hehe.seperti apa yang kita tahu,dah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu mempunyai hati yang lembut,mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif..

air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki..so,persoalannya disini..kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir?kenapa?wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9 wanita, akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya.begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.

kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh.dari aspek yang semacam ini,lelaki seharusnya memahami wanita ini.wanita akan menagis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinya. tambahan pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya..perkara ni nampak kecil je kan?tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.



ok..untuk situasi lain,contohnya si isteri mengadu pada suaminya..

"abg,bahu ayg sakit la.boleh tak abg tolong picit jap"..lepas tu suami dia cakap.."ala syg,abg pun letih juga.."pastu,pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..sikit je kan masalah nye?kalau kes macam ni terjadi macam ne?suami sure mengelabah kalau tengok isteri nangis..hehe.

so,memang tak ada cara lain.kena pujuklah jawabnya.tapi,nak pujuk pun kena ada cara.salah pujuk,lagi menjadilah jawabnya..bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis,dan seumpama mahu dipujuk,suami kena guna cara yang terbaik,contohnya,peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk,usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya.insyaallah,lembut hati isteri tu."

jom kita baca kisah ni..

[+/-] show/hide this post


kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untukmengetahui kenapa perempuan mudah menangis.Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untukmengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,

"Ibu, mengapa ibu menangis?"Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?""Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapaperempuan menangis?Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,

"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"

Gurunya menjawab:

"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat dideka pdengan lembut olehnya.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa -masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yangmelindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberika npengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun da inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya.kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2.tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah inicara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi.sekarang,isteri nangis ..biar gitu je..kenapa wanita cepat nagis?sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika dia menagis,apa yang dia mahu kan?belaian kan?jika pada zaman berkasih,boleh beri layanan yang hebat,kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama?bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum?dapat pahala tu!!!

ok..kenapa lelaki tak mudah menangis?perasan tak kalau masa kecik2 dulu,bagi orang lelaki la ni..kalau la budak laki ni nangis,mesti mak atau ayah,atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap..'ish..apa ni laki nagis?buat malu je.macam perempuan je.laki kuat..tak boleh nangis"...sebabkan statement ni la yang sudah terbekesan dalam minda lelaki.memang pada dasarnya,betul..tapi,siapa kata laki ni tak boleh nagis?hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw pun menagis jugak.tapi tangisan nya bertempat lah..

tapi,apa2 pun,janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun.cuba selami hati wanita.wanita ni just nak dimanja,diberi perhatian.terutamanya dari orang yang dia sayang.dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,

"tangan yang di sangka

lembut menghayun buaian

mengoncang ,mencipta sejarah." hehe.

dan di sebalik kejayaan lelaki itu,pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."



p/s=You dont marry someone you can live with - you marry the person who you cannot live without


Thursday, February 17, 2011

mood exam ..erhhh



lama tak update blog nih. tgh week exam. plus this will be my last sem at cfs iium pj. mmg nak kene fokus la kat exam.sem last ni ambik 4subjek iaitu understanding islam, chemistryII, comII and mathIII. act tak belaja sangat pon, dok main dota, online je keje.haha mana nak updatenye(sepatotnya cakap, mana nak belaja).aiyoo..

alhamdulillah so dua paper da lepas UI isnin lepas and comII baru pagi tadi habis. terasa cket kurang beban di bahu.tapi tak tahu lah okay tak, belajar pon last min, insyaAllah lepas.doa2 lah kat kite and kawan2 lain yg tgh exam.

[+/-] show/hide this post




tak sabar nya nak habis exam chemII(selase nex week) and mathIII(jumaat nex week). and say bye2 kat cfs(hopefully tak de repeat pape.haha) setahun lebh kat sini pon da cukup lama.cukup la jadi senior kat sini. tak nak jadi SUPER SENIOR lak.LOL

then cuti 7bulan.OMG nak buat nanti.keje ape sesuai. jd blogger fulltime kot maybe.haha. ntah la, tak rancang pape lagi. kalau ikotkan banyak je benda nak buat tapi takpelah.da habis exam, then baru enjoy.aha. time2 cam ni rasa nak belaja tapi ngantok lak tiba2, mana tak nye malam tadi tido pukul4pg(tak belaja pon=P) just berborak ngn kawan2^^

sampai sini je.later upadate laen ye. muuahhh semua*gedik





p/s=doakan untuk kite semua yang masih belajar.all the best

Sunday, February 13, 2011

KENCANG ! buat duit dengan HEARTBEAT !

assalamualaikum dan selamat petang semua . ok , arini nak cite pasal heartbeat ! aku baru je join semalam dan earning ade jugak peningkatan . ape kate korg sume try . ia lgsung x ganggu status nuffnang . jangan risau okey? korang korang yg berminat bole follow step kat bawah ni . sambil online online bole tambah duit sampingan kan. mata duitan ? maaf . kepada sesape yg cakap cmtu.anda salah , peluang rezeki ALLAH dah bukak , then , kenapa nak sia sia kan. lain la kalau mata duitan tu kikis duit orang , haa tu ye salah . tp ni ade la satu alternatif untuk berjaya . ape salahnye . ok , penat membebel panjang . sesape yang nak join .
ikot step ni :

1) klik banner di bawah ni atau banner pada sidebar blog ni :



2) then , klik dekat "let us start" .


3) kemudian , klik dekat create account .



[+/-] show/hide this post


4) pastu , isi borang ini selengkapnye . jangan tipu *amaran keras, dh siap tekan continue .


5) then , pas dye kuar your account has bees successfully registered , Kalau nak buat duit, ko klik “Join HB!Affiliate” .


6) kemudian klik dekat online application.


7) isi borang ni dan tekan continue .


8) dah register , klik get a code .


9) Lepas tu pilih kod, copy n paste dalam blog ( macam nuffnang) pilih la..ade 4 tu..macam aku ni letak kat sidebar je..amik la yang square ;)




itu sahaja .mudah kan ? so jum cube sekarang ! dah siap , tggl je link blog korg kat komen entry ni bole aku pegi n klik heartbeat korang ! dan bole check earning korang ade peningkatan atau tak ! selamat mencube ! senang same2 mari bantu bangsa kita ! share the info n get the reward !

sekian .



p/s= thanks to Ryryn Azman sbb kenalkan iklan ini kat saya. click iklan die jugak tau.


Thursday, February 10, 2011

tak salah menangis



siapa2 pon boleh menangis dan after korang bace mesti korang tak kan segan2 lagi nak menangis. sebab tiap apa yang berlaku ada khasiatnye, ada kebaikan menangis. meh lihat

1. Membantu penglihatan

Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteri

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi.
Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

[+/-] show/hide this post


3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.
Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.
keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.


5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis mengurangi stres?
Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.
Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.


7. Melegakan perasaan

Semua orang ingin merasa demikian.
Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.
Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.


Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.





p/s= salah ke lelaki menangis ?

Wednesday, February 9, 2011

Jumping High Photo Contest


lame sungguh xmasuk mana2 contest nih. act this is my 2nd contest.LOL haha
tapi selepas terbaca dekat blog Lifeoftyra. aku rasa cam berminat nak masuk.so aku pon bukak external dan mencari segala gambar yang pernah aku lompat.haha and finally aku pon jumpa



gambar ni masa bile yah? ermm.. ohh ha. time aku form 5, ikot along aku pergi picnic kat sg.congkak dengan kelab photograpi die. aku jadi bahan uji kaji .erh.. bile tgk gamba2 ni, aku rasa cam "OMG aku ke nih?" =.=' hahaha

so ni orang2 yang aku rasa pernah terbang di udara:)
========Nafis========
========Syed Hakim========
========Rara Tan========
========Ifti Larina========
========Meor Amirul========

[+/-] show/hide this post


Syarat-syarat contest ;

1. Follow Lifeoftyra supaya anda sentiasa update dengan perkembangan contest ini.
2. Buat satu entry yang bertajuk JUMPING HIGH PHOTO CONTEST.
3. Muat naik gambar yang mahu anda taruhkan dan ceritakan mengenai gambar itu.
4. Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terusss ke entry contest ini.
5. Kalau boleh letak lah banner contest ni kat sidebar sekalii hehe.
6. Dan jangan lupa letakkan link anda di ruangan comment :)
7. Akhir sekali, tag 4 orang rakan blogger anda and make sure mereka tahuu okay ;)

Mudah sajaa kan ? Marilah join ramai-ramai.
Hadiah menarik dari Singapura menanti anda semua ! ;D
Terima kasihh.

TARIKH TUTUP : 20MAC2011 (Ahad)

Saturday, February 5, 2011

Pertengkaran Yang Lembut


Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya.
PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga.

Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

Aku ingin berkongsi tip bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, ‘minta maaf’.

[+/-] show/hide this post


-Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

-Tiada dendam dalam percintaan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.

Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

-Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

-Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

-Jangan bertindak secara fizikal

“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.

Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.

Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”. contoh je okay. as long as guna ayat yang lembut.

-Usah menjauhkan diri

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.




p/s=soryy lah ayat2 aku ni cam klasik giler.well da tua dah .haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...