aku ada jumpa 1fakta ,tak tahu lah betol ke tak. tapi fakta ni cam sesuai la untuk orang2 yang kaki online, gamers, blogger.hehe yang dok mengadap laptop@komputer berjam2.duduk je kerjenye. nak tahu apa dia, meh baca jap tak sampai 5minit pon.
WELLINGTON: Pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi, kata penyelidik.
Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand mendapati mereka berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku yang boleh membawa maut.
Penyelidik mendapat satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau pembekuan darah, adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.
[+/-] show/hide this post
Kajian akan disiarkan dalam New Zealand Medical Journal.
DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki.
Pembekuan boleh merebak ke hati, paru-paru atau otak, menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan kemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin ahmar.
Keadaan itu juga digelar sebagai ‘sindrom kelas ekonomi’ kerana penumpang yang duduk dalam penerbangan jarak jauh tanpa ruang untuk meregangkan badan, dianggap paling berisiko menghadapi masalah itu.
Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan masalah darah beku, dan mendapati 34 peratus daripadanya duduk di meja mereka untuk jangka waktu lama.
Sebagai perbandingan, 21 peratus baru-baru ini menaiki penerbangan jarak jauh. Bagaimanapun, penyelidik menerima bahawa lebih ramai duduk di meja mereka dalam jangka panjang berbanding berada dalam penerbangan jarak jauh.
Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley, berkata sebahagian pekerja pejabat yang menghidap masalah itu duduk di depan skrin di meja mereka selama 14 jam sehari.
“Sebahagian daripada mereka duduk berterusan selama tiga atau empat jam pada satu-satu masa tanpa bangun langsung,” katanya.
Profesor Beasley berkata, masalah ialah yang paling biasa dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.
Pakar Psikologi dan Kesihatan Universiti Lancaster, Profesor Cary Cooper, berkata dia tidak terperanjat dengan penemuan itu.
Katanya, orang ramai bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya cuma mengambil sandwic sambil melayan emel.
“Pekerja pejabat tidak bangun dan berjalan seperti yang mereka pernah lakukan,” katanya.
DVT menjejaskan kira-kira 100,000 orang dan membunuh sehingga 1,000 pesakit di Britain setiap tahun.– Agensi
woahhh.. serius ke benda ni? tapi apa2 pon, online2 jugak, kesihatan perlu dijaga juga. Agak2 duduk da 2 3jam tu, buat2 la streching cket.regangkan mana2 otot yang patut okay. :)
p/s= aku sendiri duduk berjam2 ngadap laptop.naik beku darah kat buah pinggang.LOL
10 lυaнan нaтι:
so,jom kita bersukan..lg enjy,lg sihat..
delete account fb..anda berani?
yup2. sukan2 lagi bgus.aha
nape nak delete akaun fb ??
hahah .. bgos fakta nie ..
so mulai hari nie jgn on9 sambil duduk ..
on9 smbil berbaring lak ..
HAHAHAH =D
yup2 eie =D
hahah
on9 smbil berbaring ape plak effect die ??
tanak tulis fakta pasal tu lak kea ??
=D
tu belom lagi.t saya buat experiment ttg tu =D
hahah .. okee2 ..
eiei tggu =D
hahaha. berbaring saket belakang =D
berbaring kuak lentang laa ..
HAHAHAH =D
woooaaha camana tuu ?? aha
Post a Comment