Follow me on Facebook Follow me on Twitter

Wednesday, January 12, 2011

jangan tensen2 okay


korang tahu tak kemurungan boleh membunuh. Kemurungan menyebab badan seseorang yang sentiasa kebal daripada penyakit menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. Kemurungan darah panas di dalam badan seseorang berubah menjadi sejuk dan mengalir lesu. Kemurungan menyebabkan seseorang berasa sunyi dan mahu mati. Kemurungan menyebabkan seseorang berasa mati pun tak apa.

Adakah anda mengalami perkara-perkara seperti berikut:

[+/-] show/hide this post



1. Tertekan atau berasa murung
2. Hilang minat atau suka terhadap aktiviti
3. Tidak bermotivasi dan semangat
4. Sakit kepala, belakang, otot atau sendi
5. Letih dan tidak bertenaga
6. Pergerakan lembab atau resah
7. Susah tidur pada waktu malam
8. Berasa tidak berguna atau bersalah
9. Selera makan bertambah atau berkurang
10. Tidak dapat menumpukan perhatian
11. Rasa hendak bunuh diri


Jika anda menjawab ‘Ya’ kepada soalan 1 dan 2, serta ‘Ya’ untuk empat soalan lain, anda dinasihat mendapatkan penilaian perubatan pakar bagi menentukan sama ada anda mengalami kemurungan.

Info

* Individu murung dikenal pasti mengalami perubahan dalam sistem otak.
* Perubahan ini boleh dicetuskan oleh penyakit fizikal, tekanan, kekecewaan atau kesedihan.
* Selain persekitaran, faktor keturunan juga antara penyebab penyakit ini.
* Sindrom kemurungan adalah penyakit membabitkan kesihatan badan, perasaan dan fikiran.
* Kemurungan juga menjejaskan tabiat makan dan tidur, fungsi seharian dan proses berfikir.
* Perkataan kemurungan atau depression adalah diambil daripada perkatan Latin yang membawa maksud to press down.
* Sejak abad ke-14, to depress merujuk kepada penaklukan atau menjatuhkan jiwa (spirit).
* Sekarang kemurungan atau depression digunakan dalam kajian bidang fisiologi dan ekonomi.
* Pada pertengahan abad ke-20, pengkaji mengeluarkan teori bahawa kemurungan disebabkan ketidakstabilan bahan kimia dalam neurotransmitter di otak.
* Teori ini berdasarkan pemerhatian yang dibuat pada tahun 1950-an mengenai kesan reserpine dan isoniazid yang memberi impak kepada simpton kemurungan.


Simptom kemurungan

* Kesedihan atau kekosongan perasaan yang berpanjangan.
* Tiada minat atau rasa seronok terhadap hobi dan aktiviti lain yang lazimnya mendatangkan keseronokan.
* Mudah berasa letih dan tidak bertenaga.
* Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
* Rasa bersalah dan tidak berguna.
* Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
* Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
* Keinginan untuk mati dan membunuh diri.
* Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
* Kurang daya tumpuan dan sukar membuat keputusan.
* Simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.


5 tip elak kemurungan


->Belajar lebih bersabar dan berfikiran positif.

->Usah terlalu bercita-cita tinggi hingga sukar digapai.

->Elak bersendirian. Luangkan masa bersama mereka yang bermakna dalam hidup.

->Babitkan diri dalam aktiviti menyihatkan dan bersosial.

->Tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi.



Jadi janganlah bersedih atau murung atas kesilapan kesilapan kecil okay. try untuk chill everytime ada masalah :) meh la story kat aku .Im good listener.hehe

6 lυaнan нaтι:

-[miracle]- said...

mine is number 4, 7 & 9 ! :D
hee~
including eh? :P

ismail putra aidil adha said...

bahaya tu =P

eiei =D said...

ouhh .. eiei boley ckp hmpir kesemua simptom tu ade pade eiei..
waaaa .. tolong !!

ismail putra aidil adha said...

kenapa begitu ??

eiei =D said...

hahah ..
joke saje =D

ismail putra aidil adha said...

:) pandai berjoke2 ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...